Home » Kami Yang Terlibat by Usman Awang
Kami Yang Terlibat Usman Awang

Kami Yang Terlibat

Usman Awang

Published 2006
ISBN :
Paperback
181 pages
Enter the sum

 About the Book 

Lima ela dari tempat saya mendakap tanah lembap di pangkal sebatang pohon yang sepemeluk besarnya, kelihatan Dol tertiarap dengan tangan kanannya menekup rusuk kirinya. Tidak jauh daripadanya, kelihatan pula Wak Berahim terlentang. Senapangnya ikutMoreLima ela dari tempat saya mendakap tanah lembap di pangkal sebatang pohon yang sepemeluk besarnya, kelihatan Dol tertiarap dengan tangan kanannya menekup rusuk kirinya. Tidak jauh daripadanya, kelihatan pula Wak Berahim terlentang. Senapangnya ikut terbaring di sebelahnya. Itulah yang saya lihat - yang dapat saya lihat dalam suasana yang samar-samar antara dinihari menjelang subuh.Benarlah...peluru memang tidak bermata. Tidak mengenal sama ada kawan mahupun lawan.Dol dan Wak Berahim yang tidak bersalah telah terkorban dalam kejadian itu. Mereka sebenarnya menjadi mangsa kecuaian. Akan tetapi, mengapa mereka yang menjadi mangsa? DAn, apakah sebenarnya yang telah terjadi pada dinihari itu?Kami Yang Terlibat, sebuah kumpulan cerpen oleh Sasterawan Negara Usman Awang memuatkan sebanyak 20 buah cerpen yang memaparkan pelbagai tema dan persoalan, secara tersirat dan tersuratnya, sejalur dengan gelora perjalanan sejarah tanah air. Elemen dalaman cerpen-cerpen ini merupakan rakaman kreatif persekitaran beliau yang sekaligus memancarkan citra, cita-cita dan minda sepanjang seabad perjalanan sejarah tanah air yang dilewati. Kumpulan cerpen ini merupakan perada warisan yang mengilaukan tamadun bangsa dan sekaligus menjadi mercu tanda klasik arena percerpenan yang terakam dalam bahasa Melayu.Kandungan:01) Untuk Jadi Isteri Orang Bangsawan02) Uda dan Dara03) Turunnya Sebuah Bendera04) Surat daripada Seorang Mata-mata05) Setelah 194806) Sebuah Khemah Didirikan07) Rimbaku, Air Mataku08) Pertemuan09) Menonton10) Peristiwa Bunga Telur11) Matinya Seorang Perempuan12) Koperal Tua13) Koktel14) Kenangan Jauh15) Kami Yang Terlibat16) Ini Saya Punya Kerja17) Haslina18) Harga Hidup19) Budi20) Betisnya Bunting Padi